Thursday, 24 December 2015

TIPS MENGHUBUNGI PERUNDING HARTANAH UNTUK MENYEWA RUMAH

TIPS MENGHUBUNGI PERUNDING HARTANAH UNTUK MENYEWA RUMAH

Anda sedang mencari hartanah untuk disewa di suratkhabar atau laman iklan di Internet dan anda ternampak rumah yang memenuhi kehendak anda.

Sudah pasti langkah seterusnya ialah dengan menghubungi perunding hartanah/ejen hartanah (sekiranya pemilik menggunakan ejen) untuk bertanya mengenai rumah tersebut.
Memang benar hal ini ringkas sahaja, namun hal yang ringkas inilah kadangkala menyebabkan anda terlepas peluang di depan mata. Mari kita lihat beberapa tips menghubungi ejen hartanah untuk menyewa rumah.


1.Semak Penerangan & Status Iklan

Sabar. Anda mungkin begitu teruja untuk mendapatkan rumah sewa– tapi tunggu dulu. Baca iklan rumah untuk di sewa tersebut sehingga habis. Berapa saiznya. Berapa bilik tidur dan bilik air. Fully furnished, partly furnished atau unfurnished. Harga yang dipaparkan dan sebagainya. Semak juga tarikh dan status iklan tersebut. Rumah yang diiklankan pada bulan ogos tahun 2015  mungkin sudah di sewakan. Lihat juga status iklan (biasanya di laman Internet) – masih available, sudah disewakan (tenanted) dan sebagainya.


2.Semak Status Pengiklan

Adalah digalakkan anda menyemak dahulu status perunding hartanah tersebut. Adakah pengiklan tersebut seorang perunding hartanah (property negotiator) yang berdaftar, ejen hartanah percubaan (probationary estate agent) atau ejen hartanah (estate agent). Biasanya akan dipaparkan nombor ejen bersama iklan di Mudah.my – atau boleh Google dahulu nombor pengiklan tersebut. Ini untuk memastikan anda menghubungi mereka yang benar-benar berlesen dalam urusan jual beli hartanah. 


4.Bersedia Dengan Profil Anda

Sebelum anda terfikir untuk terus menghubungi nombor perunding hartanah yang terpapar di iklan, semak dahulu profil anda. Bersedia dengan maklumat-maklumat berikut dan lebih bagus tuliskan atas sekeping kertas untuk rujukan anda. Kebayakan agent hartanah akan melakukan “screening” dengan bertanyakan beberapa soalan.

-       Adakah anda bujang atau berkeluarga?
-       Berapa individu yg akan menginap di situ?
-       Anda dan pasangan bekerja di mana dan apa jawatan anda?
-       Bilakah anda bercadang untuk berpindah masuk?
-  Adakah budget untuk deposit anda sudah mengcukupi? (standart practice di malaysia depositnya adalah 2+1+ half mont of rental rate as utility deposit)


5.Gunakan No. Telefon Bimbit

Baik – anda sudah bersedia dengan sedikit sebanyak maklumat anda. Oh ya, nanti dulu. Saya cadangkan anda menggunakan no. telefon bimbit untuk menghubungi perunding hartanah tersebut. Saya tidak menghalang mana-mana bakal penyewa yang menelefon perunding hartanah menggunakan nombor telefon pejabat. Itu urusan anda dengan majikan anda. Namun hal ini menyukarkan perunding hartanah tersebut untuk menghubungi anda semula kerana jika merka menelefon kembali nombor pejabat, kemungkinan besar akan sampai ke operator dan bukan anda. Katakanlah sejurus anda meletakkan telefon, ada peluang yang terbuka untuk anda namun perunding hartanah tersebut tidak dapat menghubungi anda kembali – anda yang rugi.

* Panggilan menerus telefon bimbit dilihat sebagai komitmen awal dan kriteria penyewa yang serius oleh sesetengah perunding hartanah.

Jikalau panggilan anda tidak berjawab, tinggalkan SMS atau WhatsApp. Sekiranya memang peluang dan rezeki rumah itu untuk anda, anda akan dihubungi kembali oleh perunding hartanah tersebut.


6.Ucap Selamat & Perkenalkan Diri

Saya yakin hal ini bukanlah sesuatu yang sukar.

“Hello/Assalamualaikum.. saya Nurul (bukan nama sebenar).. ini Encik Syazrin ya?”

“Ya, saya.”

“Saya ada tengok iklan Semi-D di Bdr Sg Long, Cheras,.. masih available ke?”

Jawapan yang mungkin anda terima:


-Masih available
-Ada bakal penyewa yang sudah bayar Earnest deposit (booking)
-Sudah disewakan


Sekiranya masih available, sudah pasti perunding hartanah tersebut akan bertanya mengenai profil anda secara ringkas. Jika anda sudah menulis maklumat tersebut di atas kertas, hal ini akan menjadi lebih mudah untuk anda sebutkan. Tunjukkan komitmen anda untuk menyewa rumah tersebut kerana kebanyakan perunding hartanah memang akan memilih penyewa untuk dibawa ke viewing rumah.

Masa itu emas – anda pasti faham maksud saya.

Sekiranya rumah tersebut sudah disewakan, anda mungkin ditawarkan rumah yang lebih kurang menepati kehendak anda.

Apa yang pasti – anda kemungkinan besar akan dimasukkan ke dalam “Tenant database” dan mungkin akan dihubungi sekiranya ada rumah yang menetapi spesifikasi yang anda cari. Kerana itulah penting untuk anda memberi nombor telefon bimbit anda.


7.Membuat Temujanji

Setelah perunding hartanah pada pandangannya merasakan anda serius, benar-benar berminat dan ada potensi untuk menyewa rumah tersebut, anda akan ditawarkan untuk viewing. Tanya dahulu bila anda boleh view rumah tersebut. Sekiranya anda ditanya bila anda ingin tengok rumah, beri masa yang anda rasa sesuai. Kebiasaaanya perunding hartanah telah menetapkan masa untuk viewing sesebuah rumah untuk disewa.
Pastikan anda hadir setelah membuat temujanji dan sekiranya tak dapat hadir – berilah alasan yang munasabah. Jangan lupa – masa itu emas =)


8. Hari Temujanji

Datang tepat pada waku di hari temujanji . Kebanyakan ejen hartanah akan menilai bakal penyewa dari dari ketetapan waktu . Kebanyakan mereka yang tidak menepati waktu selalu nya ada masalah untuk membayar sewa rumah pada tarikh yang sepatutnya. Jadi tunjukkan komitment anda.


9. Property Viewing

Pastikan anda memeriksa keseluruhan rumah tersebut, adakah rumah tersebut adalah rumah yang sama seperti diiklankan. Periksa kelengkapan perabut (jika ada). Jika anda rasa keadaan rumah itu sesuai dan dalam keadaan baik , anda boleh menyatakan hasrat anda untuk menyewa rumah tersebut dengan ejen hartanah .


10. Letter of Offer To Rent

Anda akan di minta untuk isikan borang yang di panggil “Letter of Offer To Rent”. Di sini segala maklumat berkenaan rumah yang anda minat untuk menyewa boleh didapati. Details seperti jumlah sewaan bulanan, deposit dan deposit utiliti (electric/water) serta tarikh mula kontrak sewaan. Setelah diisi segala maklumat peribadi anda, anda di kehendaki membayar Earnest Deposit (Booking = 1 bukan kadar sewaan)


*Bayaran di buat dengan menggunakan Bank Draf / Personal Cek di atas nama Agensi Hartanah BUKAN diatas nama individu. Jika mahu bank in, pastikan anda bank in kepana account Agesi Hartanah BUKAN kepada account ejen hartanah / individu lain.


11. Tenancy Agreement (Perjanjian Sewa)

Ejen hartanah akan menyediakan perjanjian sewa dalam masa beberapa hari setelah anda membayar Earnest Deposit. Kebiasaannya perjanjian sewa adalah 1 tahun (min) dan anda boleh memperbaharui perjanjian tersebut pada masa akan datang. Semasa hari anda menandatangai perjanjian tersebut, anda di kehendaki membayar balance deposit yang masih belum di jelaskan (2 month security deposit + utility deposit). Serahan kunci rumah sewa tersebut akan di lakukan pada masa yang sama .



Semoga anda berjaya mendapat rumah yang diidam-idamkan!


No comments:

Post a Comment