TIPS MENGHUBUNGI PERUNDING HARTANAH UNTUK
MENYEWA RUMAH
Anda sedang
mencari hartanah untuk disewa di suratkhabar atau laman iklan di Internet dan
anda ternampak rumah yang memenuhi kehendak anda.
Sudah pasti
langkah seterusnya ialah dengan menghubungi perunding hartanah/ejen hartanah
(sekiranya pemilik menggunakan ejen) untuk bertanya mengenai rumah tersebut.
Memang benar
hal ini ringkas sahaja, namun hal yang ringkas inilah kadangkala menyebabkan
anda terlepas peluang di depan mata. Mari kita lihat beberapa tips menghubungi
ejen hartanah untuk menyewa rumah.
1.Semak Penerangan & Status Iklan
Sabar. Anda
mungkin begitu teruja untuk mendapatkan rumah sewa– tapi tunggu dulu. Baca
iklan rumah untuk di sewa tersebut sehingga habis. Berapa saiznya. Berapa bilik
tidur dan bilik air. Fully furnished, partly furnished atau unfurnished. Harga
yang dipaparkan dan sebagainya. Semak juga tarikh dan status iklan tersebut.
Rumah yang diiklankan pada bulan ogos tahun 2015 mungkin sudah di sewakan. Lihat juga status
iklan (biasanya di laman Internet) – masih available, sudah disewakan
(tenanted) dan sebagainya.
2.Semak Status Pengiklan
Adalah
digalakkan anda menyemak dahulu status perunding hartanah tersebut. Adakah
pengiklan tersebut seorang perunding hartanah (property negotiator) yang
berdaftar, ejen hartanah percubaan (probationary estate agent) atau ejen
hartanah (estate agent). Biasanya akan dipaparkan nombor ejen bersama iklan di Mudah.my –
atau boleh Google dahulu nombor pengiklan tersebut. Ini untuk memastikan anda
menghubungi mereka yang benar-benar berlesen dalam urusan jual beli hartanah.
4.Bersedia Dengan Profil Anda
Sebelum anda
terfikir untuk terus menghubungi nombor perunding hartanah yang terpapar di
iklan, semak dahulu profil anda. Bersedia dengan maklumat-maklumat berikut dan
lebih bagus tuliskan atas sekeping kertas untuk rujukan anda. Kebayakan agent
hartanah akan melakukan “screening” dengan bertanyakan beberapa soalan.
- Adakah anda bujang
atau berkeluarga?
- Berapa individu yg
akan menginap di situ?
- Anda dan pasangan
bekerja di mana dan apa jawatan anda?
- Bilakah anda bercadang
untuk berpindah masuk?
- Adakah budget untuk deposit anda sudah mengcukupi? (standart practice di malaysia depositnya adalah 2+1+ half mont of rental rate as utility deposit)
5.Gunakan No. Telefon Bimbit
Baik – anda
sudah bersedia dengan sedikit sebanyak maklumat anda. Oh ya, nanti dulu. Saya
cadangkan anda menggunakan no. telefon bimbit untuk menghubungi perunding
hartanah tersebut. Saya tidak menghalang mana-mana bakal penyewa yang menelefon
perunding hartanah menggunakan nombor telefon pejabat. Itu urusan anda dengan
majikan anda. Namun hal ini menyukarkan perunding hartanah tersebut untuk
menghubungi anda semula kerana jika merka menelefon kembali nombor pejabat,
kemungkinan besar akan sampai ke operator dan bukan anda. Katakanlah sejurus
anda meletakkan telefon, ada peluang yang terbuka untuk anda namun perunding
hartanah tersebut tidak dapat menghubungi anda kembali – anda yang rugi.
* Panggilan menerus telefon bimbit dilihat
sebagai komitmen awal dan kriteria penyewa yang serius oleh sesetengah
perunding hartanah.
Jikalau
panggilan anda tidak berjawab, tinggalkan SMS atau WhatsApp. Sekiranya memang
peluang dan rezeki rumah itu untuk anda, anda akan dihubungi kembali oleh
perunding hartanah tersebut.
6.Ucap Selamat & Perkenalkan Diri
Saya yakin
hal ini bukanlah sesuatu yang sukar.
“Hello/Assalamualaikum..
saya Nurul (bukan nama sebenar).. ini Encik Syazrin ya?”
“Ya, saya.”
“Saya ada tengok iklan
Semi-D di Bdr Sg Long, Cheras,.. masih available ke?”
Jawapan yang
mungkin anda terima:
-Masih available
-Ada bakal penyewa yang sudah bayar Earnest deposit (booking)
-Sudah disewakan
Sekiranya
masih available, sudah pasti perunding hartanah tersebut akan bertanya mengenai
profil anda secara ringkas. Jika anda sudah menulis maklumat tersebut di atas
kertas, hal ini akan menjadi lebih mudah untuk anda sebutkan. Tunjukkan
komitmen anda untuk menyewa rumah tersebut kerana kebanyakan perunding hartanah
memang akan memilih penyewa untuk dibawa ke viewing rumah.
Masa itu emas
– anda pasti faham maksud saya.
Sekiranya
rumah tersebut sudah disewakan, anda mungkin ditawarkan rumah yang lebih kurang
menepati kehendak anda.
Apa yang
pasti – anda kemungkinan besar akan dimasukkan ke dalam “Tenant database” dan
mungkin akan dihubungi sekiranya ada rumah yang menetapi spesifikasi yang anda
cari. Kerana itulah penting untuk anda memberi nombor telefon bimbit anda.
7.Membuat Temujanji
Setelah
perunding hartanah pada pandangannya merasakan anda serius, benar-benar
berminat dan ada potensi untuk menyewa rumah tersebut, anda akan ditawarkan
untuk viewing. Tanya dahulu bila anda boleh view rumah tersebut. Sekiranya anda
ditanya bila anda ingin tengok rumah, beri masa yang anda rasa sesuai.
Kebiasaaanya perunding hartanah telah menetapkan masa untuk viewing sesebuah
rumah untuk disewa.
Pastikan anda
hadir setelah membuat temujanji dan sekiranya tak dapat hadir – berilah alasan
yang munasabah. Jangan lupa – masa itu emas =)
8. Hari Temujanji
Datang tepat
pada waku di hari temujanji . Kebanyakan ejen hartanah akan menilai bakal
penyewa dari dari ketetapan waktu . Kebanyakan mereka yang tidak menepati waktu
selalu nya ada masalah untuk membayar sewa rumah pada tarikh yang sepatutnya.
Jadi tunjukkan komitment anda.
9. Property Viewing
Pastikan anda
memeriksa keseluruhan rumah tersebut, adakah rumah tersebut adalah rumah yang
sama seperti diiklankan. Periksa kelengkapan perabut (jika ada). Jika anda rasa
keadaan rumah itu sesuai dan dalam keadaan baik , anda boleh menyatakan hasrat
anda untuk menyewa rumah tersebut dengan ejen hartanah .
10. Letter of Offer To Rent
Anda akan di
minta untuk isikan borang yang di panggil “Letter of Offer To Rent”. Di sini
segala maklumat berkenaan rumah yang anda minat untuk menyewa boleh didapati. Details
seperti jumlah sewaan bulanan, deposit dan deposit utiliti (electric/water)
serta tarikh mula kontrak sewaan. Setelah diisi segala maklumat peribadi anda,
anda di kehendaki membayar Earnest Deposit (Booking = 1 bukan kadar sewaan)
*Bayaran di
buat dengan menggunakan Bank Draf / Personal Cek di atas nama Agensi Hartanah BUKAN diatas nama individu. Jika mahu
bank in, pastikan anda bank in kepana account Agesi Hartanah BUKAN kepada account ejen hartanah /
individu lain.
11. Tenancy Agreement (Perjanjian Sewa)
Ejen hartanah
akan menyediakan perjanjian sewa dalam masa beberapa hari setelah anda membayar
Earnest Deposit. Kebiasaannya perjanjian sewa adalah 1 tahun (min) dan anda
boleh memperbaharui perjanjian tersebut pada masa akan datang. Semasa hari anda
menandatangai perjanjian tersebut, anda di kehendaki membayar balance deposit
yang masih belum di jelaskan (2 month security deposit + utility deposit).
Serahan kunci rumah sewa tersebut akan di lakukan pada masa yang sama .
Semoga anda
berjaya mendapat rumah yang diidam-idamkan!






