Friday, 6 November 2015


Apa beza kalau beli rumah leasehold dan freehold?
Jawapan standard ramai orang, kalau leasehold kerajaan boleh ambil rumah tu dan bayar murah atau ambil selepas habis pajakan, kalau freehold kerajaan nak ambil kena bayar mahal tau kita tak nak jual tak apa…
Salah…Salah dan salah …..
Kalau kerajaan nak ambil balik, mereka boleh guna akta (undang-undang sedia ada), tak kisah leasehold atau freehold…
Jika kita beli rumah freehold, tidak kisah ownernya bangsa apa pun, mereka boleh jual pada sesiapa sahaja... market jualan-baliknya meluas kerana pelbagai bangsa boleh beli... oleh sebab itu kenaikan harganya sangat mendadak... high demand... (pengecualian kepada freehold malay reserve dan freehold yang ada sekatan kepentingan - seperti di kelana jaya, dan freehold yang telah dicop bumiputera pada titlenya - sesetengah kawasan berbuat demikian)…
Tetapi jika kita beli rumah leasehold, perlu diketahui status rumah akan mengikut owner... maksudnya, jika owner bumiputera, rumah itu bumi lot dan juga sebaliknya... jika kita ingin jual perlu dapat consent dari kerajaan negeri... untuk menjaga kuota bumiputera, kerajaan negeri akan control pemindahmilikan bumiputera kepada bukan bumiputera (leceh sikit)... maksudnya, kalau owner bumiputera nak jual rumah pada bukan bumiputera bukannya tak boleh, tetapi akan ambil masa paling cepat satu tahun…
Untuk makluman, ada sesetengah kes menjangkau dua tahun untuk dipindahmilik malah setelah menunggu lama, masih tidak dapat dipindahmilik, menyebabkan perjanjian jual beli dibatalkan... oleh sebab market leasehold yang mengecil (terutama jika owner adalah bumiputera) dan kuasa membeli bumiputera yang lemah, kenaikan rumah leasehold tidak sebaik freehold... walau bagaimanapun, ada pengecualian di beberapa kawasan panas yang demand dan kuasa membeli bumiputera juga tinggi, contohnya di petaling jaya, shah alam dan bangi..

Anda mahu beli rumah ? jom lihat senarai listing rumah di www.syazrinproperty.com 

No comments:

Post a Comment